SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: Kita Bukan Kala Jengking...

Thursday, June 24, 2010

Kita Bukan Kala Jengking...




Tersebut sebuah kisah. Seorang tua sedang berjalan dipinggir taman. Dia terpandang seekor kala jengking yang tergapai-gapai didalam kolam. Jengking hitam sebesar ibu jari kaki itu berkisar–kisar cuba memanjat tebing, tetapi setiap kali mencuba ia terjatuh semula kedalam air.

Dibaluti rasa simpati, lelaki tua itu mencapai kala jengking, tapi belum sempat menyelamatkannya, haiwan tersebut menyengat jari lelaki tua. Sakitnya bukan kepalang. Anehnya lelaki tua itu tetap mencuba untuk menyelamatkan kala jengking tersebut keluar dari dalam kolam. Walau telah disengat lebih 4 kali.

Sejak dari tadi, seorang anak muda memerhati kan gelagat lelaki tua tersebut lalu bertanya “ kenapa pak cik tetap ingin menyelamatkan jengking ini? Dah berkali-kali jari pak cik disengatnya. Tapi pak cik masih jua terus nak mencuba. Kenapa?”

Lalu kelaki tua itu tersenyum sambil menjawab “ nak, dengarkanlah.. menyengat memang sifat semulajadi seekor jengking. Tapi sifat semulajadi manusia ialah menyayangi. Kenapa harus kita korbankan sifat semula jadi kita kepada sifat semula jadi seekor haiwan?”

Selepas berkata demikian, lelaki tua itu mencuba lagi untuk mengeluarkan kala jengking dari dalam kolam berkali-kali, hinggalah akhirnya berjaya.. lelaki tua itu tersenyum puas,. Walau pun bias sengatan jengking itu telah mula menular keseluruh tubuhnya…

*****

setiap dari kita tentu saja pernah ‘disengat’ samada oleh orang yang kita kenal dan sayangi atau rakan taulan. Pun begitu adakah kita mendiamkan diri atau kita juga bertindak ‘menyengat’ mereka kembali.

Sebagai manusia kita akan mudah tersentuh dan bertindak untuk tidak memaafkan. Malah mungkin saja kita akan gembira bila mereka yang pernah mengainaya kita pula mengalami hal yang sama.

Namun hakikatnya memaafkan itu adalah satu tindakkan yang sangat tepat. Berdendam adalah tindakkan yang salah. Mereka yang merosakkan perasaan kita masih ‘bergayut dan melekat’ dalam hati. Kita tersiksa bukan kerana mereka yang menyeksa jiwa kita. Tapi kerana kita masih membawa kisah lalu yang tidak lagi bermakna. Maka, maafkanlah mereka dan lepaskan ‘memori’ duka itu dengan seikhlas hati.

Insya’allah kita akan meraih rasa lega dan tenang. Percayalah. Allah sekadar menduga dan melihat sekuat mana kita menghadapi ‘sengatan’ dalam hidup sebagai manusia… mampukah kita sembuhkan ia dengan kekuatan iman dan akal atau kekuatan nafsu dan amarah…

Tepuk dada, tanya iman, tepuk dahi tanya akal,…

mahu jadi sikala jengking atau jadi pohon buah yang dilempar kayu tapi yang di lempar kembali adalah buahnya ?

2 comments:

mazeermohamad said...

saya suka la kisah neyh! :'{D

UMMI said...

terima kasih, semoga ada pengajaran yg boleh kita ambil didalamnya...