SCM player skins UJIAN ITU NIKMAT: Jangan tahu nak bersungut je.!...Paksa diri untuk tahu BERSYUKUR!

Thursday, June 17, 2010

Jangan tahu nak bersungut je.!...Paksa diri untuk tahu BERSYUKUR!

Ya Allah... Ya Rahman, Ya Rahim.. aku tidak tahu perkataan apakah yang paling sesuai untuk aku ucapkan kepada MU, selain dari syukur yang teramat sangat atas kesempurnaan kejadian diri ku, ahli keluargaku, sanak saudaraku, dan setiap handai taulan yang aku kenali..syukur  Ya Allah atas segala nikmat... amin...

-14:  Dia (Allah) menciptakan manusia daripada tanah liat seperti tembikar. 
-15:  Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api. 
-16:  Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?

Jadi, kalau sesekali wajahmu dipenuhi jerawat, bersyukurlah kerana masih mampu dilihat bentuknya serta rupanya...  lihatlah ujian ALLAH kepada mereka.. derita apakah yang hendak kalian bandingkan, yang menimpamu dengan mereka ini??

manusia tanpa wajah 


Jose Mestre menderita penyakit haemangioma. Dia bagaimanapun menolak untuk mendapatkan rawatan bagi merawat tumor tersebut.

Tangan Besar


Doktor yang membuat pembedahan mengambil masa selama 7 jam. Ia dilakukan di Shanghai. Sebelum pembedahan ia dikatakan berukuran 10.2 inci dengan jari berukuran 12 inci.

Manusia pokok


Warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Dede ini mengalami masalah genetik yang menyebabkan pertahanan tubuh tidak dapat melawan serangan kulat. Para pakar bagaimanapun menyatakan, ia boleh diubati dengan memberikan vitamin B dos tinggi.

Manusia Serigala Jadian


Gambar tersebut tidak tergolong dalam kategori ketumbuhan. Tetapi penghidap Hypertrichosis ini akan mengalami pertumbuhan rambut atau bulu di tempat yang tidak sepatutnya. Ia adalah sesuatu yang jarang - jarang berlaku.

Fibroma


Fibroma adalah penyakit yang menyebabkan pertumbuhan tisu baru. Dalam keadaan yang lebih buruk, ia boleh meliputi seluruh tubuh.

Manusia bertanduk


Ketumbuhan yang dinamakan sebagai cornu cutaneum ini tumbuh berbentuk kon. Ia menyebabkannya kelihatan seperti tanduk.

Tumor muka tahap serius


Huang Chuncai menderita penyakit apa yang dipanggil Neurofibromatosis. ia bermula ketika Huang berusia 4 tahun.

Kaki membesar didalam otak


Doktor menyatakan mereka tidak pernah mengalami situasi sebegini. Pada umur baru 3 bulan sahaja, Sam Esquibel terpaksa mendapatkan pembedahan tumor otak yang menyebabkan kaki dan beberapa bahagian tubuh lain terbentuk didalamnya.

Tumor kaki


Chen Zongtao terpaksa membiarkan tumor seberat 154 pound yang terbentuk di kaki kanannya selama setahun kerana tidak mampu mendapatkan rawatan.

Tumor leher


Huang Liqian mula menyedari ketumbuhan dibahagian belakang lehernya pada tahun 1990. Dia membiarkannya selama 17 tahun apabila ia mula membesar seberat 33 pound. Pembedahan hanya dilakukan pada 2007.

3 comments:

Anonymous said...

Ya Allah..sungguh menakutkan dan betullah ..besyukur sangat sebab sempurna sifat..amin

Tehatiut said...

insaf nyer selepas membaca artikel ini...

UMMI said...

ye betul tu teeha, selalunya kita jarang2 sangat bersyukur, tapi sunggutan kita sering lebih sebakul.. sesekali kita patut ambil masa dan duduk mengadap cermin besar dan hitung nikmat yang Allah beri pada kita..

semoga kita dalam golongan yang sentiasa bersyukur kepadaNYA..amin